Dari Perspektif Teori
PENGENALAN
Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina
minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan
pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah
negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini
mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih
kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh
persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
A. Teori Jean Piaget
Jean
Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah
dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah
meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang
biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah,
sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi,
khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.
Rajah 1.1: Jean Piaget
Sumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif
Menurut
Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada
pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan
kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu
faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir
dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar.
Piaget
percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka
dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan
sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema.
Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang
dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga
menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek
perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral.
Piaget
paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan
dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini
bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan
(biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Menurut
Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa
adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu:
- Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun
- Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun
- Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun
- Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun
Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.
Jelasnya, ramai
pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget
sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia.
Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat
di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget
menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan
penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang
boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Dengan
mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat
melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi,
menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu
sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat
memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan
pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.
B.Teori Vygotsky
Lev
S. Vygotsky (Rajah 1.2) ialah seorang pakar psikologi Russia yang
meninggalkan andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Idea
utama Lev Vygotsky ialah kemahiran perkembangan kognitif berlaku di
dalam konteks sosiobudaya dan berkembang di dalam interaksi sosial
kanak-kanak.
Rajah 1.2: Lev S. Vygotsky
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lev_Vygotsky
Lev
S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang
diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang
perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat
Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak
mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan
bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam
dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.
Teori budaya-sosial (socio-cultural)
menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan
budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di
dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya
mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak
berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain
dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak
mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta
rakan-rakan di dalam budaya mereka.
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:
- Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.
- Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.
- Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.
- Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.
Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.
Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan
kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan
bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan
mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan
persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru
dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti,
kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.
Pendekatan Teori Perkembangan Kanak-kanak Piaget dan Vygotsky terhadap Konsep Kreativiti
Walaupun
pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan
pembelajaran berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju akan
kepentingan pembelajaran melalui discovery learning. Piaget
menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang membimbing.
Vygotsky pula menekankan bimbingan guru sebagai faktor utama.
Dalam
konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju
berkenaan kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak.
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi
kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan
dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik
juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti
seperti aktiviti melukis, menconteng, membuat kolaj, “sandplay” dan sebagainya.
Apabila
bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain.
Menurut Piaget dan Vygotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana
kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang
berlaku di sekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang
untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai
aktiviti bermain dan aktiviti seni.
Oleh itu, dalam pengajaran
dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan
kreativiti kanak-kanak.
C. TEORI PERKEMBANGAN EMOSI MENURUT ERIKSON
Erik
Erikson (Rajah 1.3) ialah seorang ahli psikososial yang banyak
menumpukan kajian kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak.
Erikson mengatakan bahawa semua individu melalui lapan peringkat
perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan hingga dewasa.
Pada setiap peringkat terdapat krisis-krisis yang perlu diselesaikan
sebelum boleh berkembang ke peringkat seterusnya. Jika krisis-krisis ini
tidak ditangani dengan baik, seseorang individu akan mengalami
kesukaran menangani krisis pada peringkat-peringkat yang berikutnya.
Peringkat perkembangan emosi kanak-kanak menurut Erikson adalah seperti berikut:
- Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust)
Dalam lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. Erikson merujuk kepada peringkat ini sebagai peringkat oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria visual dan sentuhan. Perkembangan emosi kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibu bapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini dianggap peringkat paling penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalamannya. Peringkat rasa kepercayaan ini dibina dalam tahun pertama dan kanak-kanak membina rasa kepercayaan secara berperingkat. Kanak-kanak akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi.
Kepercayaan akan memudahkan seorang kanak-kanak menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. Rasa percaya akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapa. Sebaliknya, jika keperluan asas pada peringkat ini tidak dirasai, ketidakpercayaan akan menghalang atau melemahkan bayi dalam mengatasi kesulitan hidup dan kanak-kanak akan membesar dengan rasa kecewa, tidak percaya dan ragu-ragu kepada semua orang disekelilingnya.
- Otonomi lawan Rasa Malu (autonomy vs shame)
Dalam lingkungan usia 18 bulan hingga 3 tahun. Pada ketika kanak-kanak berumur 18 bulan, konsep kendiri kanak-kanak mula bertambah. Kanak-kanak mula mengetahui apa yang disebut. Pada peringkat ini kanak-kanak meningkatkan kemahiran berdikari dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dan menggunakan tandas. Mereka membina konsep kendiri dan autonomi melalui kemahiran mengawal pergerakan motor kasar. Kebolehan membezakan perlakuan yang betul dan salah juga turut berkembang. Keinginan memiliki kuasa dan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri juga turut berkembang. Kanak-kanak akan berasa malu jika tidak diberi kuasa atau merasakan dirinya kurang cekap. Sebaliknya, keyakinan kanak-kanak akan dapat dipupuk apabila dipuji.
Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan merasa takut jika melakukan kesalahan. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal supaya kanak-kanak tidak merasa malu. Tingkah laku yang positif dan yang diingini juga patut dipuji. Cara ini akan membantu kanak-kanak mengenal dan membezakan jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang perlu dielakkan.
Pada peringkat ini, jika kanak-kanak dimalukan atau dihalang daripada melakukan aktiviti, perasaan malu akan timbul. Rasa malu ini boleh membuatkan kanak-kanak meragui kebolehannya sendiri, dan mengakibatkan wujud konsep kendiri yang rendah. - Inisiatif lawan Rasa Bersalah (initiative vs guilt)
Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Peringkat ini dipanggil peringkat bermain di mana kanak-kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui proses bermain. Kanak-kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang dewasa. Dengan cara ini kanak-kanak belajar berbagai kemahiran yang menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan memimpin.
Proses ini juga menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, mencari maklumat baru dan membentuk konsep yang berkaitan dengan peranan jantina. Pada peringkat ini, jika kanak-kanak sentiasa diperlakukan supaya rasa bersalah, mereka akan rasa kecewa, takut dan terlalu bergantung kepada orang dewasa. Ini akan mewujudkan keadaan yang kurang membina kemahiran kreativiti, bermain dan aktiviti yang melibatkan imaginasi.
Oleh itu Erikson menegaskan bahawa kanak-kanak perlu
digalakkan menjelajah, beraksi dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan
kepuasan emosi. Jelasnya, kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai
sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses
tumbesaran mereka. Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanak-kanak
gemarkan aktiviti melukis dan mewarna. Ini kerana aktiviti ini dapat
memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang
dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik
mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak
dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan lukisan yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi
pemikiran kanak-kanak.
D. TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Howard
Gardner (1983), merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan
teori kecerdasan pelbagai. Beliau merupakan seorang ahli psikologi
Jerman terkenal dan berpengaruh dari Universiti Havard. Gardner
(1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan
kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner menyatakan bahawa semua ada
satu lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual.
Rajah 1.5 Menerangkan teori kecerdasan menurut Gardner.
Rajah 1.5: Sembilan Jenis Kecerdasan Menurut Gardner
Gardner
percaya semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks,
berkembang melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang
bermakna dan kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dibentuk,
ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat.
Beberapa prinsip penting Teori Kecerdasan Pelbagai ialah seperti berikut:
- Kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh ditingkatkan melalui pembelajaran dan pengajaran.
- Setiap individu mempunyai kombinasi 9 kecerdasan yang dipanggil profil kecerdasan yang berbeza bagi setiap individu.
- Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.
- Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenal pasti dan dinyatakan dengan jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya.
- Latar
belakang peribadi menjadi faktor penting dalam membentuk dan
mengembangkan pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua
jenis kecerdasan.
Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik, sentiasa berubah, kecerdasan antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya.
Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
Gardner
(1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara
kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi
sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun
melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:
- Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah.
- Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.
- Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.
- Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
- Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.
Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai
Unsur-unsur
Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang
penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru
boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai
kecerdasan murid.
- Membentuk GarisanGarisan
ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai
jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta
rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan
gerakan dalam seni visual (lihat Rajah 1.6).
- Melakar bentuk atau rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. - Membentuk
Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. - Jalinan
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. - Warna
Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.
Rajah 1.6: Contoh aktiviti membentuk garisan
Sumber: http://www.dafko.com/Colorins/connect%20the%20dots%202.jpg
| |||||||||||||||
|
Menariknya blog cikgu. Banyak info yang dapat dipelajari dari blog ini.
ReplyDeleteterima kasih di atas sokongan anda!
ReplyDelete