Pendidikan prasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program pendidikan bagi
murid yang berumur dari 4 hingga 6 tahun (MOHE, 2002). Program dan
kegiatannya mengikut garis panduan kurikulum prasekolah yang
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang diluluskan oleh
Menteri di bawah seksyen 22.
Tujuan pendidikan prasekolah ialah untuk memperkembangkan potensi
kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini
adalah untuk meningkatkan kemahiran, dan keyakinan diri dengan keadaan
semasa, boleh menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah
kelak. (Kurikulum, 2010) Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan semua
aktiviti dijalankan tanpa had, meningkat dan membaiki prestasi pelajar
dan sumber pendidikan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) menjadi satu fenomena yang
penting dalam meningkatkan mutu pendidikan kerana ia membantu
mempermudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran setiap individu yang menggunakannya.
Multimedia secara umumnya didefinisikan sebagai proses komunikasi
interaktif menggunakan teknologi komputer yang menggabungkan pelbagai
jenis media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk
menyampai dan menyebarkan maklumat. Ciri istimewa yang dimilikinya
seperti interaktiviti, navigasi, hiperpaut menjadikan perisian
multimedia mudah difahami dan digunakan.
Ciri interaktif yang dimiliki oleh multimedia membenarkan pengguna
berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh
mengawal apa yang dilihat dan didengar serta boleh menentukan hala tuju
masing-masing semasa berinteraksi. Interaktif media biasanya merujuk
kepada produk dan perkhidmatan yang berasaskan sistem computer digital
yang memberi tindakbalas kepada aksi pengguna dengan mempersembahkan
kandungan seperti teks, grafik, animasi, video, audio dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment