TABIAT DI KALANGAN KANAK -KANAK
Tabiat atau habit kerap berubah dalam kehidupan seseorang
itu. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu
dikikiskan atau diubah. Umpamanya nya, seseorang dewasa yang ketagih
merokok akan berasa sukar untuk memberhantikan amalan itu.
Tabiat
yang positif, jika diamalkan, akan membentuk keperibadian seseorang
itu. Tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur , bangun awal
dan bersenam setiap pagi adalah beberapa contoh tabiat positif yang
elok diamalkan.
Kanak
-kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa
berubah. Kebanyakan tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak
kekal tetapi ada juga yang berterusan sehingga bertahun -tahun
lamanya.
Seorang
kanak -kanak berusia tiga tahun yang gemar menghisap ibu jarinya
mungkin tidak menimbulkan masalah di rumah jika ibu bapanya tidak
menghirau kan sangat tabiatnya itu. Sebaliknya, seorang kanak -kanak
lain yang mengamalkan tabiat yang serupa mungkin akan mendapat
teguran daripada ibu bapa dan adik-beradiknya. Dia mungkin juga ditengking, diejek, didenda atau dipukul. Ini sudah pasti akan menimbulkan suasanan tegang dalam kehidupan seharian keluarga tersebut.
Asas
tabiat menghisap jari ini mungkin terbit daripada rasa bosan atau
rasa kurang selesa. Kanak-kanak yang terlibat juga mungkin selama ini
tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan orang dikelilingnya. Melalui amalan menghisap jari ini, dia mendapati bahawa ibu bapanya mula memberikan perhatian dan mengawasi tingkah lakunya. Ini menggembirakannya dan dia terus mengamalkan tabiat tersebut. Kemungkinan juga kanak-kanak yang menghisap jari ini terikut-ikut tabiat kanak-kanak lain. Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan dan akan hilang denagn sendiri tanpa terapi.
Satu
lagi contoh tabiat menghisap ibu jari melibatkan seorang kanak
-kanak berusia tujuh tahun yang berada di dalam darjah satu. Tabiat
ini timbul akibat daripada rasa kurang yakin pada diri sendiri dan
rasa takut kepada gurunya. Menengking atau memukulnya mungkin tidak
akan memuluhkan keadaan. Punca timbulnya rasa kurang yakin dan takut
kanak -kanak itu perlu diketahui dan langkah sewajarnya diambil.
Tabiat ini akan hilang apabila perasaan ini dapat diatasinya. Ada ibu
bapa yang terlalu sangat memberikan perhatian kepada tabiat anak mereka
dan ada pula yang mengambil sikap sambil lewa shaja. Tabiat -tabiat
seperti mengeyit -ngeyit mata, menghisap jari, menggeleng -geleng
kepala dan mengorek lubang hidung lazimnya tidak akan berterusan
selama -lamanya. Adakalanya, terlalu sangat memberi perhatian kepada
tabiat buruk si anak tidak akan memperbaiki keadaan. Kanak -kanak
yang sering diperingatkan mungkin akan terus mengamalkan tabiat itu.
Tabiat -tabiat yang ditunjukkan mungkin merupakan reaksi anak terhadap
perasaan kurang yakin, sambil lewa sahaja tanpa memikirkan asas
terbitnya sesuatu tabiat itu, ia bukan sahaja
akan berterusan tetapi perasaan -perasaan negatif diatas akan kekal
dan menjadi sebati dengan perwatakan kanak -kanak itu.
Tabiat -tabiat yang biasa ditunjukkan oleh kanak -kanak
Tabiat
yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim
tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya,
kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap '
panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda
ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak
dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum
atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.
Tabiat
ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk
rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan
sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak
perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan
sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi
pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas
barannya akan beransur -ansur hilang dan dia akan lebih tahu mengunakan
bahasa untuk menyatakan kehendaknya.
Kadangkala,
tabiat yang dipamerkan oleh seseorang kanak -kanak itu tidak wajar
dan sesuai lagi bagi usia nya. Umpamanya, kanak -kanak berusia lima
tahun yang menunjukkan sikap panas baran. Jika kemahuannya tidak
diturutkan, dia akan menjerit -jerit, menendang -nendang dan memukul
-mukul dinding. Kanak -kanak ini sepatutnya sudah lebih matang
perkembangan emosinya. Ibu bapa yang terlibat tidak seharusnya
membiarkan tabiat anak mereka berterusan sedemikian. Ada eloknya mereka
mendapat nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah
laku kanak -kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami dan
kaedah keibubapaan yang efektif dapat digunakan.
Satu
contoh lagi kanak -kanak berusia lima tahun yang masih tidak boleh
berenggang dengan ibunya. Sepatutnya, pada usia tersebut, dia sudah
boleh ditingkalkan dibawah jagaan pengasuh di pusat tadika. Jika dia
masih bertabiat sedemikian, ini akan merumitkan keadaan kelak
terutamanya apabila dia mula memasuki alam persekolahan. Kanak -kanak
yang berusia 1 1/2 - 2 tahun lazimnya memang mahukan ibunya sentiasa
berada disisinya. Seelok -eloknya, dia dilatih dari kecil lagi
supaya biasa ditinggakan dibawah jagaan orang lain menjelang usia tiga
tuhun.
Lain
-lain tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil yang boleh
menimbolkan masalah kepada ibu bapa ialah tabiat mengigit - gigit
kuku, menjerit -jerit, menarik -narik rambut, gagap, menipu, mencuri,
berkelakuan ganas, suka berseorangan dan sebagainya. Asas tabiat
-tabiat ini perlu difahami bagi mengatasi masalah -masalah yang
timbul dengan berkesan.
Tabiat tidur
Ada
sesetengah tabiat itu boleh terbentuk dari peringkat bayi lagi. Ini
seringkali tidak disedari oleh ibu bapa. Umpamanya, bayi berusia
setahun yang dibawa oleh ibunya berjumpa saya kerana dikatakan sering
terjaga pada waktu malam untuk menyusu. Lazimnya, seseorang bayi
tidak lagi berjaga malam menjelang usianya lapan bulan. Apabila
disiasat dengan lebih mendalam, jelaslah bahawa bayi tersebut secara
tidak langsung telah dilatih oleh ibunya menyusu malam. Setiap kali dia
menangis malam ibunya akan memberinya susu botol.
Amalan
ini telah bermula sejak usianya dua bulan sehinggaakhirnya menjadi
satu tabiat. Pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan bahawa bayi
tersebut berada dalam keadaan sihat. Saya menegaskan kepada si ibu
supaya tidak memberikan anaknya susu botol setiap
kali si anak terjaga pada malam hari. Sebaliknya, dia dinasihatkan
agar menepuk -nepuk badan anaknya untuk menidurkannya kembali. selang
beberapa hari selepas itu, ibu tersebut memberitahu saya bahawa
bayinya mula tidur malam tanpa menyusu botol lagi.
Jika
bayi menangis pada waktu malam, si ibu hendaklah menidurkannya
semula dengan menepuk -nepuk badan atau membuai -buainya. dia perlu
dilatih supaya mudah melelapkan mata. Apa yang kadang kala dilakukan
oleh ibu bapa apabila bayi menangis ialah memasang lampu, menimang
-nimag bayi sambil mendodoikannya, membawa dia berjalan -jalan keluar
bilik dan sebagainya untuk mententeramkannya. Ini sudah tentu akan
digemari oleh bayi dan akhirnya menangis diwaktu malam menjadi satu
tabiat.
Dalam
satu lagi kes, seorang ayah mengeluh bahawa anak lelakinya yang
berusia lapan tahun masih tidur malam bersama -samanya. Dia telah
cuba menggalakkan anaknya supaya tidur bersendirian tetapi gagal : si
anak tetap akan kembali semula ke bilik ibu bapanya. Sebenarnya,
sejak diperingkat bayi lagi kanak -kanak itu sering dibawa tidur
bersama ibu bapanya setiap kali dia menangis. Dia pun terlalu di
manjakan sangat oleh ibunya. Apabila bapanya melarang dia tidur bersama,
dia akan menangis lalu si ibu akan memujuk dan menurutkan sahaja
kehendaknya.
Tabiat
tidur malam juga boleh dibentuk. contohnya, seorang bayi dikatakan
hanya boleh tidur apabila dibaringkan di hadapan peti televisyen yang
terpasang. Setelah dia lelap, barulah dia dipindahkan keatas tempat
tidur. Seseorang kanak -kanak yang berusia empat tahun pula hanya
boleh tidur nyenyak jika ibu atau ayahnya bercerita. Semua merupakan
tabiat yang telah dibentuk melalui cara -cara yang diamalkan berulang
-ulang kali oleh ibu bapanya.
Tabiat makan
Tabiat
makan yang betul juga mudah dipupuk. Peraturan makan yang
diperkenalkan sejak anak -anak masih kecil akan mendorong mereka
mengamalkannya sehingga dewasa. Misalnya, tabiat menggunakan sudu dan
garpu, membasuh tangan setiap kali sebelum makan , minum air hanya selepas selesai makan dan sebagainya.
Kanak
-kanak yang tidak digalakkan makan sayur -sayuran mungkin tidak akan
menggemarinya apabila dia besar. Makan bersama -sama keluarga dan
berdoa sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan. Kemesraan
diwaktu makan mendatangkan selera di samping mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan. Sebaliknya, anak yang sentiasa dileteri dan
dimarahi kerana tidak mahu makan atau tidak menghabiskan makanan
dalam pinggannya akan berasa bahawa waktu makan adalah suatu waktu yang
membosankan.
Anak
-anak sering mencontohi perbuatan atau perkara -perkara yang
diamalkan oleh ibu bapa mereka. Jadi, tidaklah menghairankan jika
mereka turut menggemari makanan yang digemari oleh ibu bapa mereka.
makanan yang disediakan di rumah juga mempergaruhi tabiat makan anak
-anak. Jika buah -buahan seperti oren, epal, pisang, betik, atau
tembikai sering dihidangkan setiap kali selepas makan, amalan baik akan
menjadi satu tabiat.
Tabiat menjerit
Kanak
-kanak sering terikut -ikut dengan tingkah laku dan bahasa yang
digunakan oleh orang -orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak
-kanak berusia lima tahun dikatakan selalu menjerit dan menggunakan
perkataan -perkataan yang kurang manis didengar terhadap adik
-adiknya sejak beberapa blan lalu. Sewaktu ibu bapanya berada di luar
negeri, dia telah dijaga oleh ibu saudaranya selama setahun. Suasana
di rumah ibu saudaranya memang riuh. Bahasa yang kurang manis sering
digunakan dan si anak ini akhirnya terikut -ikut menggunakannya.
Ibu
bapa merupakan contoh kepada anak -anak. Jika merka mempunyai sifat
murah hati, pelembut, bersopan -santun, suka menolong orang dalam
kesusahan dan suka membaca, amalan -amalan ini akan mudah diterap
oleh anak -anak. Sebaliknya, jika ibu bapa mempunyai sikap suka
bergaduh, pembengis, suka memukul -mukul anak dan sebagainya, ciri
-ciri negatif inilah yang mungkin akan diterapi oleh anak -anak
Tabiat mencuri
Kanak
-kanak dibawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang
milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila dia
ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambilnya tanpa
memikirkan yang perbuatan itu salah. Biasanya, tabiat ini akan
ditinggalkan apabila pemikirannya semakin matang.Tetapi, adakalanya
tabiat mencuri dikalangan kanak -kanak ini wujud akibat daripada
perasaan kurang selesa, perasaan serba kekurangan atau bosan. Satu
contoh ialah seorang kanak -kanak berusia enam tahun yang selalu
mengambil barang kawan -kawan di kelasnya seperti pensil, pembaris,
kotak pensil warna dan sebagainya sejak tiga bulan yang lalu. Ini
amat merisaukan ibu bapanya lebih -lebih lagi memandangkan bahawa
keluarga ini dari golongan yang berada dan serba berkemampuan. Mereka
amat malu dengan tabiat si anak. Dari penilaian yang dibuat, saya
mendapati bahawa kanak -kanak ini sihat dan cerdik orangnya, tetapi
agak sensitif dan berperangai manja. Saya tertarik dengan dinamik
keluarga ini sememangnya rapat. Walau bagaimanapun, sejak
kebelakangan ini, si ayah amat sibuk sehingga tidak dapat meluangkan
masa untuk bermesra dengan ketiga -tiga anaknya. Si ibu juga sibuk
dengan aktiviti -aktivitinya sendiri dan tidak menyedari bahawa anak
-anaknya berasa kurang selesa kerana tidak mendapat perhatian ibu
bapa.
Kedua
-dua ibu bapa ini telah diberi tunjuk ajar tentang teknik -teknik
pengubahsuaian tingkah laku yang sesuai dan mereka juga telah
mengambil langkah -langkah untuk memenuhi keperluan emosi anak mereka. Dalam tempoh sebulan selepas itu, tabiat mencuri yang diamalkan oleh si anak pun hilang.
Tabiat di kalangan kanak -kanak yang mempunyai masalah perkembangan
Kanak
-kanak buta sering bermain -main dengan tangannya seolah -olah mahu
mencocok matanya. Dia gemar membaling barang -barang didalam
genggamannya. Kanak -kanak pekak pula sering mengangguk -angguk
kepalanya. Tabiat -tabiat ini wujud ekoran daripada kekurangan atau
ketiadaan stimulasi. Cara interaksi yang sesuai boleh mengurangkan
tabiat -tabiat yang diamalkan oleh kanak -kanak buta dan pekak ini.
Tabiat mengangguk -angguk kepala dan badan sering dipamerkan oleh kanak -kanak terencat akal.
Kanak
-kanak autistik pula tidak boleh menggunakan bahasa untuk
berinteraksi dengan orang lain. Dia sering bermainseorang diri dan
mempamerkan tabiat -tabiat seperti menepuk -nepuk tangan, bergolek
-golek di atas lantai atau asyik bermain dengan benda -benda yang
terdapat di sekelilingnya.
Tabiat sukar bernafas
Ada sesetengah kanak -kanak yang kelihatan sukar bernafas sehingga menimbulkan kebimbangan di pihak ibu bapa
kalau -kalau si anak itu menghidap penyakit lelah ataupun kurang
sihat. Masalah seperti ini memerlukan penilaian doktor untuk mengenal
pasti sama ada wujud sesuatu penyakit organik atau tidak. Keadaan
ini biasanya berlaku di kalangan kanak -kanak yang sering berasa
cemas dan resah. Berikut ialah contoh kes yang pernah ditemui.
KES
Muhammad yang berusia tujuh tahun kelihatan sukar sekali bernafas. Dia sering kelihatan menarik nafas panjang. Dia memberitahu saya bahawa dia sering berasa letih, sukar menarik nafas dan sesak dada. Pemeriksaan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa kelainan fizikal. Prestasi inteleknya juga didapati memuaskan. Apa
yang menarik perhatiansaya ialah walaupun dia selalu menarik nafas
panjang, ini tidak puladilakukan apabila dia sedang menulis apa yang
saya sebutkan. Apabila ditinjau latar
belakangnya dengan lebih terperinci, saya diberitahubahawa dia
sekeluarga baru berpindah balik ketanah air selepas berada diluar negeri selama beberapa tahun. Dalam proses menyesuaikan dirinya denagn keadaan baru, sianak sering dilanda perasaan resah sehinggatimbul tabiat sukar bernafas.
Suasana
persekolahan ditanah air amat berbeza sekali dengan suasana di luar
negeri. Kanak-kanak yang membesar didalam persekitaran,asing ini
lebih fasih berbahasa Inggeris. Apabila kembali ketanah air, dia menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran disekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar kerana tahap kefahaman bahasa ibundanya amat rendah berbanding dengan murid-murid lain.
Saya
menerangkan kepada Muhammad dan ibu bapanya bahawa diasebenarnya
memang sihat dan keadaan yang dialaminya akan hilangsecara
beransur-ansur. Apa yang diperlukan olehnya
ialah bimbingandan sokongan agar dia dapat menyesuaikan dirinya
dengan keadaan baru.Beberapa aktiviti untuk meningkatkan keyakinan
dirinya telah diaturkan dan dalam masa beberapa minggu sahaja, dia kelihatanlebih riang dan tidak lagi mengadu sukar bernafas.
KES
Idris yang berusia dua tahun dibawa ke kelinik kerana dikhuatiri menghidap sawan. Dia sering mendapat kejang kaki dan tanganapabila menangis kuat. Masalah ini bermula sejak dia berusia 11/2 tahun dan berlaku apabila sesuatu kehendaknya tidak diturutkan.Episod ini berlaku hampir setiap hari. Umpamanya, jika ibunya tidak membawanya bersama apabila keluar kemana-mana, dia akan menangis sekuat-kuat hati, menahan nafasnya sehingga mukanya kebiruan dan kakinya seolah-olah kejang. Setelah berhenti menangis, air mukanya kembali seperti biasa. Ini sangat membimbangkan ibu bapanya sehingga
setiap kemahuan sianak diturutkan.Keadaan seperti ini memang sering
berlaku dikalangan kanak-kanak.Adakalanya, ia menyerupai sawan. Oleh itu, penilaian doktor amatlah diperlukan. Tabiat ini lazimnya akan hilang apabila usia kanak-kanak meningkat.
Tabiat menahan nafas
Kadangkala,
terdapat kanak -kanak yang berusia dalam lingkungan 1 - 3 tahun yang
mengamalkan tabiat manahan nafas atau breath -holding spell. Jika
sesuatu kehendaknya tidak diturutkan atau jika dia kesakitan akibat
terjatuh, dia akan menangis berpanjangan sehingga biru wajahnya.
Apabila dia menarik nafas dan berhenti menangis, air mukannya
kembalinya kembali cerah semula.
Kesimpulan
Kebanyakan
tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil akan hilang apabila
mereka meningkat dewasa. Tetapi, dalam sesetengah kes, tabiat -tabiat
ini berlanjutan. Ibu bapa harus cuba memahami bahawa tabiat ini
adalah perkara lazim dan mereka tidak perlu berasa khuatir.
Sebaliknya, mereka haruslah mencari punca -punca yang menyebabkan
mengapa sesuatu tabiat itu sukardikikis. Nasihat pakar diperoleh
untuk mencari jalan mengatasinya.
http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm
Salam.terima kasih atas perkongsian maklumat ini. Sesungguhnya anak-anak dilahirkan dengan pelbagai kerenah,sebagai ibu bapa kita perlulah sabar dan banyakkan berdoa memohon Allah berikan kekuatan menghadapinya..
ReplyDelete