Tekanan Emosi di Kalangan Kanak-kanak
Tekanan
emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang
kerap menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu menyiapkan
tugas -tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan
menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian. Pertelingkahan
suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua
pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak -kanak
yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran
ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu
bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan
emosi kepada seseorang individu.
Adakah kanak -kanak juga mengalami tekanan emosi ?
Tekanan
emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang
lelaki yang dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi
mempunyai sumber kewangan yang tetap. Dia tidak dapat menjelaskan
hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya seperti biasa.
Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang.
Tidurnya tidak lagi nyenyak , tubuhnya sering menggeletar dan
jantungnya berdegup kencang. Dia mungkin
sering diserang sakit kepala dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini
adalah ekoran daripada tekanan emosi yang dialaminya.
Dalam
satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah
pelajaran mengeluh sering sakit kepala , sakit perut dan tidak dapat
tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah dan kurang
yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan
jayanya.
Dalam
satu kes lain pila , seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa
ke klinik kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalau .
Apabila diperiksa , kesihatannya didapati memuaskan tetapi apabila
diselidik keadaan psikososial keluarganya , saya diberitahu bahawa si
ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak
-kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan
dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya
menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang -barang kawan
-kawannya ditadika.
Satu
lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing
malam dan tidak selera makan akibat suasana di rumah yang kurang
stabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang berura -ura untuk
berpisah.
Kanak
-kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan
ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah
jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan
tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini dimasukkan ke
hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya
kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi
kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit
sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak
-kanak tersebut.
Saya
percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang
selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang
lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan tidak subur.
Dalam
suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah
diperiksa di klinik dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi
tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami
depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya , pembantu rumah
atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam
kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian
diberikan rawatan kaunseling . Dia telah dapat mengubah caragaya
keibuannya dan ekoran daripada itu , hubungan ibu dan anak menjadi
lebih mesra. Sianak lebih nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih
baik. Timbang beratnya ternayata meningkat dengan lebih memuaskan
selepas beberapa bulan kemudian.
Dari
contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa
tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat
usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza
mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami
tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah
-muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada
juga yang menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing
malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.
Kanak
-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus
akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang
mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu
melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika
wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit
berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu
dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan
emosi. Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu
kepada kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis
penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi.
Faktor
-faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di
rumah dan di sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga
perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari punca
- punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai
usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan
mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan.
Ini
mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah
nya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan
mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian , sokongan
dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak
ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain
dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan
menjejaskan program -program yang telah diaturkan ditadika atau di
kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang
terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan
yang dimlikinya.
Program
pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya ,
program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan
pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -kanak lain
secara lebih cepat.
Adakalanya
, kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus (
learning disability ) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam
pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini perlu di kenal pasti
supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi
membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk
mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.
Adakalanya
, kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan.
Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan
menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk
berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka.
Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat
kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka
dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa.
Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak
bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa
mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu , para
pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif
untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam
suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial
mereka.
Ibu
bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat
merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi ,
terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak -kanak
yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung ,
merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan
tidak bermaya , kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah
gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah
,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur dan menunjukkan
berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak menyenangkan.
Kanak
-kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan
peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya
berkemungkinan akan mengalami tekanan emosi. Anak -anak yang sedang
melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan mudah
berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral
yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada anak -anak mereka yang
menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup. Semakin mereka membesar
, semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan
keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan
yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka
untuk dimanfaatkan.
Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ?
Cara
seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan
seorang yang lain dan ini bergantung pada personaliti atau
perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi lagi dan
mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka ,
pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa mengubah , mengukuh atau
menghilangkan sesuatu ciri perwatakan yang terdapat pada dirinya.
Dikalangan
orang dewasa ,ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun
berhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah
sehingga tidak dapat memikirkan cara -cara untuk mengatasi sesuatu
masalah itu dengan baik.Keupayaan berfikir dengan tenang dan
kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian
yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau
mengurangkan tekanan emosi. Seseorang yang sering resah dan mudah
berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu mengubah
sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya.
Setiap
individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan
-kelemahannya. Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar
yang mudah dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh
-contoh positif.
Tabiat
-tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi
seseorang kanak -kanak. Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10
tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan berasa resah untuk
menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak
mengajarnya membina keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia
seorang budak yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi.
Apabila
anak ini dinilai , prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak
-kanak lain yang sebaya dengannya. Jika dia diberi perhatian yang
lebih sejak dari darjah satu lagi , prestasi akademiknya mungkin akan
lebih baik. Tetapi , kerana program intervensi bagi membantunya
dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan , prestasinya
tahun demi tahun semakin merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan
dirinya. Dia akan mudah berasa tertekan apabila berhadapan dengan
sesuatu cabaran.
Kecaman
dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan
mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung
perasaanya. Dia memerlukan galakan , sokongan dan tunjuk ajar
daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam pelajarannya.
Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi. Untuk
meredakan keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin menunjukkan
tingkah laku seperti melawak , menjadi agresif , sentiasa resah atau
tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah.
Kesimpulan
Tekanan
emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia.
Manifestasi yang ditunjukkan berbeza -beza mengikut tahap
perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri -ciri
tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.
Kadangkala, keluhan dikalangan kanak -kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala
punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti
sebelum perhatian ditumpukan kepada masalah psikososial kanak -kanak
itu.
Sumber: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm
No comments:
Post a Comment