SANG KANCIL MENIPU HARIMAU
Harimau: (suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.
Sang Kancil : (terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak? (lalu berdiri dengan cepat)
Harimau: (suara meninggi) Aku hendak makan kamu.(sambil mengangkat kaki hadapannya dan membuka mulutnya.)
Sang Kancil:
Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh, harimau...Aku telah
diperintahkan oleh raja Sulaiman supaya menunggu
benda ini. (sambil menunjuk ke arah sarang tebuan itu)
Harimau: (kehairanan sambil melihat sarang tebuan) Apa benda itu?
Sang Kancil: Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila baginda hendak ke hutan.
Harimau: Hmm...tentu sedap bunyi gong raja ya.
Sang Kancil: Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira.
Harimau
sangat ingin mendengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil
memalunya tetapi Sang Kancil menolak permintaan harimau. Sang Kancil
memberi alasan yang tugasnya hanya untuk menunggu dan bukan memalu gong
itu.
Harimau: (sambil merayu) Tolonglah Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Sekali pun cukuplah. Lagipun, baginda tiada di sini.
Sang Kancil: Eh, tidak boleh, harimau. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tidak jujur.
Harimau: Kalau begitu, biarlah aku yang memalunya.
Sang Kancil terdiam seketika tetapi berasa sungguh lega. Harimau telah termakan helahnya.
Sang Kancil: Baiklah, harimau. Jika kamu hendak memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh dari sini.
Sang
Kancil memberikan sepotong kayu kepada harimau. Dia meminta harimau
memalu gong itu setelah mendengar arahan daripadanya. Kemudian, Sang
Kancil pergi jauh dari situ.
Sang Kancil: (berteriak dengan kuat) Harimau, palu!
Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Apabila sarang tebuan itu dipalu, kesemua tebuan itu keluar dan menyengat harimau.
Harimau: (mengaum dengan kuat)Aummm!
Harimau
menjerit kesakitan kerana tebuan itu telah menyerang seluruh tubuhnya.
Dia berlari dengan pantas tetapi tebuan-tebuan itu terus mengejarnya.
Mujurlah harimau terjumpa sungai. Harimau pun terjun ke dalamnya untuk
menyelamatkan diri.
SANG KANCIL MENOLONG KERBAU
Sang
Kerbau sedang asyik meragut rumput yang lembut dan segar di tepi
sebatang sungai apabila terdengar teriakan meminta bantuan.
| |
Sang Buaya:
|
Tolong! Tolong!
|
Sang
Kerbau pun berhenti meragut rumput lalu berjalan ke arah suara itu.
Apabila Sang Kerbau semakin dekat dengan tempat itu, ia ternampak
sebatang pokok yang tumbang.
| |
Sang Buaya:
|
(merayu) Tolonglah aku Sang Kerbau!
|
Sang Kerbau:
|
Di mana engkau? (sambil mencari-mencari)
|
Sang Buaya:
|
Aku di bawah pokok tumbang ini!
|
Sang Kerbau:
|
Engkau rupanya Sang Buaya. Apa yang engkau buat di situ?
|
Sang Buaya:
|
Engkau tidak nampakkah? Aku dihempap batang pokok ini. Tolonglah aku!
|
Sang Kerbau:
|
(nada simpati) Bagaimana aku dapat menolong engkau?
|
Sang Buaya:
|
Engkau tolonglah angkat batang pokok ini.
|
Sang Kerbau:
|
Baiklah!
|
Sang
Kerbau pun menyusupkan tanduknya di bawah batang pokok itu dan
menyuruh Sang Buaya agar cepat keluar. Tanpa disangka oleh Sang
Kerbau, Sang Buaya keluar lalu menangkap kakinya. Sang Kerbau pun mula
meronta-ronta tetapi Sang Buaya tetap tidak mahu melepaskannya.
| |
Sang Kerbau:
|
(suara ketakutan) Mengapa engkau menangkap kakiku?
|
Sang Buaya:
|
Aku lapar. (mengerang)
|
Sang Kerbau:
|
(memekik dengan kuat) Tolong! Tolong!
|
Sang Kerbau pun menjerit dengan kuat. Pada ketika itu, Sang Kancil pun muncul.
| |
Sang Kancil:
|
Apa yang telah terjadi Sang Kerbau?
|
Sang Kerbau:
|
(nada sedih) Lihatlah Sang Kancil. Aku telah tolong melepaskan Sang Buaya ini tetapi sekarang, aku pula yang hendak dimakannya. (sambil meronta-ronta)
|
Sang Kancil:
|
Betulkah begitu? Aku tidak percaya engkau boleh angkat batang pokok ini. Cuba engkau angkat sekali lagi.
|
Sang Kerbau:
|
Lepaskan dahulu kakiku.
|
Sang
Buaya pun melepaskan kaki Sang Kerbau. Setelah itu, Sang Kerbau
menyusupkan tanduknya di bawah batang pokok itu lalu mengangkatnya.
| |
Sang Kancil:
|
Sang Buaya, di mana engkau berada ketika itu?
|
Sang Buaya:
|
Aku berada di bawah batang pokok ini.
|
Sang Kancil:
|
Kalau begitu, cepatlah pergi ke bawah batang pokok ini.
|
Apabila Sang Buaya sudah berada di bawah batang pokok itu, Sang Kancil pun menyuruh kerbau melepaskan batang pokok itu.
| |
Sang Buaya:
|
(mengerang) Aduh! Sakitnya.
|
Sang Kancil:
|
Pergilah dari sini, Sang Kerbau dan biarkan Sang Buaya ini yang tidak tahu mengenang jasa.
|
BAWANG PUTING, BAWANG MERAH - http://ceritakanak2.blogspot.com
Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil dari orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan Si Isteri bernama Mak Labu. Sungguhpun sudah lama mereka berumah tangga tetapi mereka masih belum mempunyai cahaya mata.
Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya. “Labu, aku berhajat hendak b
“Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini,” beritahu Mak Labu terus terang.
“Terimakasih atas kerelaan engkau itu Labu. Aku akan bersifat sama adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti,” janji pak Ali.
Akhirnya
Pak Ali pun beristeri baru. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur.
Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal serumah. Tepat seperti
dijanjikan, Pak Ali melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya.
Setelah
setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka isteri tuanya yang
disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung
tiga bulan.
“Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua orang anak sekaligus,” fikirnya dalam hati.
Apabila sampai masanya, kedua-dua
orang isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan
belaka. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah dan anak Mak Kundur
bernama Bawang Putih. Nama-nama itu diambil sempena dengan
tanaman Pak Ali yang sangat subur pada masa itu iaitu bawang merah dan
bawang putih. Semenjak itu juga nama kedua-dua isterinya ditukar menjadi
Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih. Masa terus berlalu. Kini umur
kedua-dua anaknya telah mencapai dua belas tahun. Rupa kedua-dua gadis
itu sangatlah cantik. Memang sukar anak-anak gadis di kampung itu hendak
mengatasi kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih. Tetapi kalau ditanya kepada Mak Bawang Putih siapakah yang lebih cantik, tentu Mak
Bawang Putih akan menjawab Bawang Putih yang cantik. Jika ditanya
kepada Mak Bawang Merah, Mak Bawang Merah akan menjawab yang
kedua-duanya sederhana tidak ada siapa yang lebih cantik.
Tentang perangai pula, didapati Bawang Putih lebih nakal dan jahat. Disuruhnya Bawang Merah memasak nasi dan membuat kerja itu dan ini. Kalau di hadapan Pak Ali, Bawang Putih pandai pula bermuka-muka membuat kerja.
Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan
dengan Bawang Merah. Hari itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah
bagaimana Pak Ali disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja
mengena kailnya. Pak Ali memanggil anaknya
Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat
disengat oleh ikan itu. Dengan perasaan yang cemas, Bawang Merah memapah
bapanya pulang ke rumah.
Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan Pak
Ali
pulang dalam kesakitan. Mak Bawang Merah pergi menjemput Pawang Jidun
iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pawang Jidun pun
mengubat Pak Ali secara perubatan tradisional. Oleh kerana ajalnya telah
sampai, perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. Pak Ali pun
meninggal dunia. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu ditangisi oleh
keluarganya.
Semenjak
Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan diantara Mak
Bawang Merah dan Mak Bawang Putih selalu sahaja terjadi. Sebab utama
tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu sajalah mereka bertengkar.
Mak
Bawang Putih sangat benci kepada Mak Bawang Merah. Dia sentiasa sahaja
mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang Merah. Pada suatu hari,
peluang yang ditunggu-tunggu selama ini terbuka. Apalagi hanya mereka
berdua sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak Bawang Merah
sedang menceduk air di perigi lama. Mak Bawang Putih datang dari arah
belakang dan terus menolak Mak Bawang Merah ke dalam perigi. Oleh kerana
perigi itu dalam, dia terus tenggelam dan lemas. Perigi itu jarang digunakan. Selalunya mereka menggunakan perigi di hadapan rumah mereka.
"Mampuslah engkau!” jerit Mak Bawang Putih dengan geramnya.
Tiga
jam berlalu tetapi Bawang Merah masih belum tahu kemana emaknya pergi.
Sedang dia termenung dan bersedih hati memikirkan ibunya, tiba-tiba Mak
Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya lalu Bawang Merah
pun jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran darah keluar dari
hidung dan mulutnya. Mak Bawang Putih yang tidak menaruh belas kasihan
apabila melihat Bawang Merah pengsan itu, terus mengajak anaknya
bersama-sama pergi ke rumah saudaranya.
Tidak berapa lama selepas
itu, Bawang Merah tersedar dari pengsan. Dia menangis tersedu-sedu
sambil memangggil-manggil nama emaknya. Puas dipanggil dan dicari namun
tidak ada. Dia juga hairan kerana Mak Bawang Putih dan Bawang Putih juga
tidak ada di rumah. Hari sudah malam tidak ada sesiapa yang pulang.
Bawang Merah merasa cemas tinggal keseorangan diri di rumah yang di
kelilingi hutan tebal itu. Pintu rumah dikunci rapat-rapat. Setelah jauh
malam akhirnya dia pun tertidur.
Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya dengan memakai telekung putih.
“Anakku bawang Merah! Mak telah mati ditolak ke dalam perigi lama oleh
Mak Bawang Putih semasa mak menceduk air. Mak tidak sangka dia tergamak
melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah anakku, kau jagalah diri
mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas itu. Sekarang Mak hendak
pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik.”
Sebaik sahaja emaknya
meminta diri, Bawang Merah pun terjaga dari tidurnya. Dia memandang
sekeliling mencari-cari emaknya. Mulutnya memanggil-manggil “Mak…….Mak.”
Namun tidak ada jawapan,
barulah dia sedar rupanya dia bermimpi, dia menangis sekuat-kuat
hatinya kerana dia pecaya segala kata-kata dalam mimipinya tadi dan
tambahan pula dengan sikap Mak Bawang Putiah yang memukulnya dan
meninggalkannya itu.
Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi tersebut. Tanpa disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil mulutnya bersuara. “Mak……..Mak.”
Sedang
Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi itu, dengan kehendak
Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi. Ikan itu boleh
berkata-kata:mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi.” Kemudian ikan itu tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya.
“Wahai anakku Bawang Merah.
Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak
Bawang Putih. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari.
Bawalah makanan untuk
Setelah
itu Bawang Merah pun pulang ke rumah. Bila sampai di rumah didapati Mak
Bawang Putih dan Bawang Putih sudah menunggu dengan muka bengis.
“Ke mana engkau pergi?”
Mak cik, saya sedang mencari mak saya,” jawab Bawang Merah.
“Mak
engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. Aku telah
berusaha hendak menolongnya tetapi tidak terdaya,” jawab Mak Bawang
Putih berbohong.
Bawang Merah tidak
berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan kata-kata Mak Bawang Putih.
Dia yakin dengan mimpinya malam tadi dan percakapan ikan kaloi di perigi
sebentar tadi.
“Lekas
pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari ini kami berdua
menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu membuat apa-apa kerja.
Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas rumah adalah
tugas engkau!” beritahu Mak Bawang Putih dengan sombong.
Bawang
Merah terpaksa menurut sahaja perintah itu. Tiap-tiap hari tidak ada
peluang langsung dia hendak berehat, asyik dengan membuat kerja sahaja.
Bagaimanapun
pagi-pagi lagi sebelum Mak Bawang Putih dan Bawang Putih bangun dari
tidur, dia sudah pergi ke perigi. Lalu dia bergurindam memanggil ibunya:
“Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”
Sebaik
sahaja Bawang Merah bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul lalu Bawang
Merah pun memberi makan. Setelah selesai Bawang Merah pun pulang.
Pada
mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Dua minggu selepas
itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Bawang Putih bangun dari tidur
terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. Selepas buang air, dia
terdengar suara orang bergurindam. Perlahan-lahan dia mengintai di
sebalik semak.
“Oh, di sini rupanya si Bawang Merah datang hari-hari. Akan aku perhatikan apa yang dibuatnya disini.” bisik Bawang Putih.
Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang berlaku. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada emaknya.
“Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu!” kata mak Bawang Merah. ketika
Bawang Merah sedang bekerja di rumah, Mak Bawang Putih pergi ke perigi
itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Mak Bawang Putih
pun bergurindam:
Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak Bawang Putih. Pada waktu tengah hari
"Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”
Ikan itu tidak timbul. Mak Bawang Putih bergurindam lagi. Tidak timbul juga. Kemudian Bawang Putih pula yang bergurindam. Tidak
juga timbul. Bawang Putih bergurindam lagi. Barulah ikan itu timbul.
Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan itu pun disauk dengan penyauk.
Secara diam-diam mereka membawa balik ikan itu.
“Bawang Merah, tengah hari ini biarlah Mak Cik masak. engkau pergi cari kayu api,” katanya kepada Bawang Merah.
“Baiklah Mak Cik.”
Sepeninggalan
Bawang Merah, Mak Bawang Putih pun menggulai ikan itu. Bila Bawang
Merah pulang dari mencari kayu api, dia terus dipelawa makan nasi
berlaukkan ikan gulai tadi. Berselera sekali nampaknya dia memakan ikan
itu.
Keesokkan
paginya seperti biasa Bawang Merah pergi ke perigi untuk memberi iakn
kaloi itu makan. Dia bergurindam. Tapi berkali-kali dia mengalunkan
gurindam ikan kaloi itu tidak timbul-timbul. Dia pun menangis
teresak-esak kerana ikan kaloi tidak lagi timbul. Sedang dia menangis
tiba-tiba terdengar satu suara ghaib …
“Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat gulai yang engkau makan semalam. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah.” kemudian suara itu pun hilang.
Sebaik saja suara itu ghaib, Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya dengan kayu.
“Anak
sial! Apa yang engkau buat di tepi perigi ini? Oh, engkau hendak
berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam yang engkau makan itulah
ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke rumah dan masak nasi” herdik Mak
Bawang Putih.
Setelah
selesai memasak nasi, dengan senyap dia turun ke bawah rumah untuk
mencari tulang-tulang ikan itu. Puas dia mencari, barulah berjumpa
tulang-tulang itu dihimpun dan ditanam di atas bukit jauh sedikit dari
rumahnya. Atas kehendak Allah Taala, dalam masa sebulan sahaja
tukang-tulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yang rendang.
Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang,
dengan diam-diam dia bermain buaian disitu. Sambil berbuai dia akan
menyanyi:
Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu
Dengan berbuat demikian dapatlah juga meghiburkan hatinya yang sedang gelisah. Pada ketika itu ada seorang raja sedang berburu. Baginda diiringi oleh beberapa orang
hulubalangnya. Sudah dua hari dua malam baginda berburu tetapi tidak
mendapat seekor binatang buruan pun. Namun begitu baginda tetap
sukacita. Perangainya berbeza dari biasa. Biasanya kalau dalam keadaan
begitu baginda sangat murka dan terus mengajak pengiring-pengiringnya
pulang sahaja. Perubahan perangai baginda itu sangat luar biasa.
Pada
pagi yang ketiga mereka berburu lagi. Tiba-tiba melintas di hadapan
baginda seekor rusa. Dengan pantas baginda memanah tetapi tidak kena.
Biasanya kalau seperti itu, rusa itu sudah tentu terkena anak panah
baginda.
Baginda
memerintah hulubalang-hulubalangnya mengejar rusa itu sambil mencari
binatang buruan yang lain. Namun segala-galanya hampa. Sedang mereka
berjalan-jalan, salah seorang hulubalang mendengar suara seorang perempuan menyanyi.
“Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi!” kata hulubalang kepada Datuk Menteri.
“Mengarut engkau ini. Dalam hutan begini mana ada perempuan menyanyi!” jawab Datuk Menteri.
“Cuba Datuk dengar sendiri.”
“Jangan-jangan suara hantu!” kata Datuk Menteri.
Mereka bersepakat
hendak menghampiri ke tempat suara itu, akhirnya mereka dapat melihat
penyanyi itu ialah Bawang Merah. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat
cantik mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu kepada
tuanku kerana tuanku raja masih belum beristeri.
Bawang
Merah terasa dirinya sedang diintai. Dia pun cepat-cepat lari pulang.
Dua orang hulubalang tadi mengekori Bawang Merah secara sulit untuk
mengetahui rumahnya.
Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada baginda. Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu. Mereka pun beramai-ramai pergi ke rumah Bawang Merah.
“Assaalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”jawab Mak Bawang Putih.
“Tuan hamba, sebentar tadi kami melihat ada seorang gadis cantik sedang bermain buaian di bukit sana.” Kata Datuk Menteri.
“Gadis cantik? Oh..memang ada dia anak patik,” jawab Mak Bawang Putih.
Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang Putih keluar untuk mengadap Datuk Menteri.
lain. Dia lebih cantik!” jawab Datuk Menteri.
“Bukan ini. Yang
“ Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik” jawab Mak Bawang Putih.
Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah mengadap Datuk Menteri tiba-tiba Datuk Menteri menjerit.
“Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan merdunya!”
“Menyanyi?” fikir Mak Bawang Putih.
“Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik Bawang Putih lagi pandai.”
Untuk
itu baginda sultan hendak membuat ujian di hadapan orang ramai.
Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi. Bawang Putih belum pernah
menyanyi dan menaiki buaian lalu merasa kekok sekali. Hendak naik ke
atas buaian pun teragak-agak. Kemudian dia pun menyanyi. Suaranya
sumbang dan tidak ada irama langsung. Senikatanya pun tidak ada erti
langsung.
Tiba
pula giliran Bawang Merah. Secara senang sahaja dia menaiki buaian.
Buaian itu tidak perlu dihayun. Ia berbuai sendiri semakin lama semakin
laju. Nyanyiannya pula sangat merdu. Sama seperti yang di dengar oleh
Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang. Dengan itu baginda sultan pun
bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri baginda.
“Apakah ini orang gaji Mak Cik?” tanya baginda.
“Ampun tuanku, sebenarnya dia ini anak tiri patik. Walaupun anak tiri, patik menjaga seperti anak sendiri”.
Akhirnya
berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. Dia pun menjadi isteri
kesayangan baginda dan telah berpindah di istana baginda. Walaupun begitu Bawang Merah tetap tidak menyisihkan Mak Bawang Putih dan Bawang Putih. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana.
Walaupun
dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan disediakan, namun iri
hati dan jahatnya masih membara. Mak Bawang Putih ingin melihat Bawang
Merah bercerai dengan baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih
sebagai ganti.
Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.
“Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?” tanya Mak Bawang Putih kepada Bawang Merah.
“Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang kepada suami!” jawab Bawang Merah.
“Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri kerana tidak berketurunan raja!”
“Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus buat?”
Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang buluh itu disuruh tabur di seluruh tempat tidur baginda.
“Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada engkau dan
baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan engkau,” kata Mak Bawang
Putih. “Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh berbuat begitu,”
pesannya lagi.
Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana terasa hangat, baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.
“Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda ini?”
“Kenapa kanda?” tanya Bawang Merah terperanjat.
“Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?”
“Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua.”
“Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!” keluh baginda sultan.
Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang Merah untuk menghasut.
“Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur itu?”
“Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga tetapi tidak berpanjagan.”
“Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau baginda
betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Ada
sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan terhadap
baginda.”
“Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!”
“Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi engkau tidak lakukan yang ini, kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan.”
Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. Bawang Merah terperanjat mendengarnya.
“Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!”
Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya Bawang Merah termakan
pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak Bawang Putih itu.
Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Digantung hulunya di atas
palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu, dia akan menghayun
mata kapak itu. Sudah tentu akan mengena dahi baginda.
Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. Bawang Merah bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun masuk. Kapak dihayun.
“Aduh kenapa ini dinda?” baginda berteriak kesakitan.
“Kanda!” Bawang Merah menerkam. Darah keluar dari dahi baginda akibat terkena mata kapak.
“Apakah yang dinda lakukan ini?” tanya baginda kehairanan.
“Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!”
“Siapa yang mengajar semua ini?”
“Mm..Mm..Mak Bawang Putih.”
Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda. Oleh kerana niat jahatnya
itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau Mak Bawang Putih dan
anaknya Bawang Putih keluar dari istana.
Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk menyara hidup mereka.
PUTERI GUNUNG LEDANG
Di
atas puncak Gunung Ledang, tinggal seorang tuan puteri yang sangat
jelita, dikenali sebagai Puteri Gunung Ledang. Namun, Puteri Gunung
Ledang bukanlah tinggal keseorangan di atas gunung itu. Dia ditemani
oleh para dayang yang menjadi teman dan pembantu setianya. Malah,
kononnya turut terdapat seorang nenek kebayan tinggal bersama-sama
dengan mereka.
Segelintir
penduduk di beberapa buah kampung berhampiran kaki Gunung Ledang sering
mendaki gunung itu. Mereka mencari pelbagai jenis hasil hutan di atas
gunung itu. Sekali-sekala, mereka terserempak dengan puteri Gunung
Ledang. Hal ini demikian kerana Puteri Gunung Ledang sering memberikan
pertolongan apabila mereka tersesat jalan atau ditimpa sesuatu
kesusahan.
Oleh yang demikian, nama Puteri Gunung Ledang menjadi sebutan dan termasyhur ke mana-mana.
Sekali, kemasyhuran Puteri Gunung Ledang yang terkenal sangat jelita
itu sampai kepada pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang sedang memerintah
di negeri Melaka. Timbullah hasrat dalam hati baginda untuk menjadikan
Puteri Gunung Ledang sebagai permaisurinya.
Sultan Mahmud Syah lalu memaklumkan hasratnya itu kepada sekalian
pembesarnya. Terkejutlah para pembesar baginda apabila mendengar
kata-kata itu. Namun, masing-masing hanya berdiam diri kerana tidak
berani menegur kehendak Sultan Mahmud. Malahan, Datuk Bendahara juga
tidak berani bersuara apa-apa.
"Bukanlah
mudah untuk mencari Puteri Gunung Ledang itu kerana bukan semua orang
bertuah dapat bertemu dengannya," fikir Datuk Bendahara dalam hatinya.
Namun, apalah daya bagi Datuk Bendahara. Beliau tahu, Sultan Mahmud
sangat bengis dan pantang dihalang segala kehendak hatinya. Jika ada
sesiapa yang ingkar, mautlah padahnya. Mahu tidak mahu, terpaksalah
beliau memilih dan menentukan beberapa orang daripada kalangan pembesar
istana untuk pergi mencari dan meminang Puteri Gunung Ledang.
Datuk Bendahara memilih Tun Mamat sebagai ketua. Tidak ketinggalan,
beliau turut memilih Datuk Sang Setia supaya ikut serta dalam rombongan
itu. Beliau berharap Datuk Sang Setia, sebagai seorang tua yang
berpengalaman luas, akan dapat turut membantu Tun Mamat.
"Beta mahu Datuk Laksamana Tun Tuah turut pergi bersama-sama!" titah Sultan Mahmud.
Terkejutlah Datuk Bendahara mendengar titah itu. Beliau sengaja
telah mengecuali Laksamana Hang Tuah kerana tidak ingin membebankannya
dengan sebarang kerja berat lagi. Lebih-lebih lagi kerana Laksamana Hang
Tuah ketika itu sudah sangat berusia dan selalu pula berkeadaan uzur.
Laksamana Hang Tuah memahami perasaan hati Datuk Bendahara. Namun
kerana tidak ingin menderhaka kepada Sultan, beliau tetap patuh pada
titah itu.
"Ampun, tuanku! Titah tuanku tetap patik junjung," sembah beliau.
Sukacitalah hati Sultan Mahmud bukan kepalang apabila mendengar
sembah Laksamana Hang Tuah. Baginda sangat mengharapkan cita-citanya
akan tercapai.
Tiba hari ditetapkan, berangkatlah rombongan utusan Sultan Mahmud
menuju ke Gunung Ledang. Jauhnya bukan kepalang. Perjalanannya pula
bukan mudah untuk ditempuhi. Meredah rimba belantara, menyeberang
sungai, mendaki bukit, dan menuruni lurah.
Namun, segala pahit getir itu terpaksa mereka tempuhi.
Akhirnya, mereka tiba di sebuah kampung berhampiran Gunung Ledang
itu. Terceganglah orang kampung apabila mengetahui bahawa rombongan itu
adalah utusan daripada Sultan Melaka yang datang untuk meminang Puteri
Gunung Ledang. Namun, tiada seorang pun daripada kalangan orang kampung
itu yang berkesanggupan untuk menolong mereka.
"Bukan kami tidak ingin membantu," ujar penduduk kampung. "Kami
sendiri tidak mengetahui di manakah sebenarnya tempat tinggal Puteri
Gunung Ledang di atas gunung itu."
"Puteri
Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah tempat
kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun," sampuk yang lain pula.
Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk
cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang
tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan
Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang.
Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang
Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga
halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun
Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang
di atas gunung itu.
"Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi
untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia
menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah.
Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau
bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki
Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang
pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka.
"Puteri
Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah tempat
kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun," sampuk yang lain pula.
Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk
cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang
tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan
Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang.
Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang
Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga
halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun
Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang
di atas gunung itu.
"Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi
untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia
menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah.
Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau
bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki
Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang
pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka.
Tiangnya
diperbuat daripada tulang-tulang yang besar. Atapnya pula diperbuat
daripada rambut yang sangat panjang. Timbul juga rasa kecut dalam hati
Tun Mamat.
Tun Mamat terkejut kerana berpuluh-puluh orang gadis yang cantik tiba-tiba saja datang mengelilinginya.
"Tuan hamba ini datang dari mana?" salah seorang gadis itu menegur Tun Mamat.
Tun Mamat segera menjawab, "Hamba ini orang Melaka. Datang ke sini untuk bertemu dengan Puteri Gunung Ledang."
Seorang nenek kebayan keluar dari tempat kediaman yang ganjil itu.
Dia lalu bertanyakan hajat Tun Mamat. Tun Mamat segera menceritakan
tujuan kedatangannya itu.
"Patik akan tanyakan kepada Tuan Puteri Gunung Ledang, sama ada dia
bersetuju atau tidak menjadi permaisuri Sultan Melaka?" ujar nenek
kebayan. Dia segera berjalan masuk ke dalam tempat kediaman itu semula.
Tidak lama selepas itu, nenek kebayan itu muncul semula. Dia segera
memberitahu Tun Mamat bahawa Puteri Gunung Ledang bersetuju menjadi
permaisuri Sultan Melaka, sekiranya Sultan Melaka dapat memenuhi semua
syarat peminangan yang dikehendaki.
"Apakah syarat-syarat peminangan itu?" Tun Mamat ingin tahu.
Nenek
kebayan menjelaskan, "Syarat-syaratnya ialah Sultan Melaka hendaklah
membina sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak dari Melaka ke
Gunung Ledang ini, tujuh tempayan berisi emas dan tujuh tempayan berisi
perak, tujuh tempayan air pinang muda dan tujuh tempayan air mata, tujuh
dulang hati nyamuk dan tujuh dulang hati kuman, serta semangkuk darah
Sultan Melaka dan semangkuk darah putera Sultan Melaka."
Terpegunlah Tun Mamat mendengar segala syarat peminangan itu. Sejenak, tiadalah beliau berkata apa-apa.
Berdasarkan syarat peminangan yang ditetapkan itu, Tun Mamat dapat
menduga bahawa Puteri Gunung Ledang tiada berkenan untuk menjadi
permaisuri kepada Sultan Melaka. Namun untuk terus menolak peminangan
itu, mungkin rasa tidak tergamak. Itulah sebabnya Puteri Gunung Ledang
sengaja menetapkan syarat-syarat sedemikian agar Sultan Mahmud tidak
berkecil hati.
Tanpa berlengah lagi, Tun Mamat segera turun ke kaki Gunung Ledang.
Laksamana Hang Tuah dan Datuk Sang Setia masih menunggu di situ.
Kawan-kawannya yang hilang dulu juga sudah berada di situ. Tun Mamat
segera menceritakan kisah yang dialaminya itu kepada Laksamana Hang
Tuah.
"Orang Kaya dapat bertemu sendiri dengan Puteri Gunung Ledang itu?" Laksamana Hang Tuah bertanyakan Tun Mamat.
"Tidak!" jawab Tun Mamat. "Hamba hanya berpeluang bertemu dengan nenek kebayan sahaja."
"Nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang. Dia sengaja
menyamar menjadi seorang perempuan tua," ujar Laksamana Hang Tuah.
Termenunglah Tun Mamat sejenak setelah mendengar kata-kata Laksamana
Hang Tuah itu. Tun Mamat sama sekali tidak menduga bahawa beliau
rupa-rupanya telah bertemu dengan Puteri Gunung Ledang itu.
"Kalaulah hamba tahu nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung
Ledang, nescaya hamba akan tangkap dan bawa pulang ke Melaka," kata Tun
Mamat dengan rasa kesal. Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia tertawa
mendengar kata-kata Tun Mamat itu.
Mereka segera berangkat pulang ke Melaka.
Tiba di istana Melaka, mereka segera menghadap Sultan Mahmud. Tun
Mamat lalu menyembahkan kepada Sultan Mahmud akan segala peminangan yang
telah ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang.
Terpegunlah Sultan Mahmud mendengar segala syarat peminangan itu.
Malah, sekalian pembesar turut terkejut setelah mendengar kata-kata Tun
Mamat itu. Masing-masing tunduk berdiam diri setelah melihat Sultan
Mahmud termenung panjang memikirkan hal itu.
Hanya
Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat sekali-sekala saling berpandangan.
Mereka mengetahui tujuan Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat
sedemikian, iaitu menolak secara halus peminangan itu agar tidak
mengecilkan hati Sultan Melaka.
Lamalah Sultan Mahmud berdiam diri, termenung panjang, kerana tidak
menyangka akan demikian rupa-rupanya syarat peminangan yang ditetapkan
oleh Puteri Gunung Ledang itu.
Akhirnya, Sultan Mahmud bertitah kepada sekalian pembesarnya,
"Jikalau beta mahu, nescaya segala syarat peminangan yang ditetapkan
oleh Puteri Gunung Ledang itu akan dapat beta penuhi. Akan tetapi,
syarat semangkuk darah putera Sultan Melaka tiadalah sanggup beta
penuhi. Tiadalah sanggup beta mengambil darah daripada putera beta
sendiri, semata-mata untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang."
Legalah hati para pembesar setelah mendengar kata-kata Sultan Mahmud itu.
Pada mulanya, mereka menyangka Sultan Mahmud tentu akan sanggup
berbuat apa sahaja untuk mencapai sebarang cita-citanya. Sebarang
kehendak Sultan Mahmud, tidak mungkin dapat digalang. Kini, mereka
berasa lega kerana Sultan Mahmud sudah membuat keputusan sedemikian.
"Wahai
Tun Mamat dan Datuk Laksamana Tun Tuah, kita lupakanlah saja tentang
Puteri Gunung Ledang itu. Tidak perlulah dia menjadi permaisuri Melaka.
Biarkanlah dia tetap tinggal di atas puncak Gunung Ledang itu," ujar
Sultan Mahmud.
Tun Mamat, Laksamana Hang Tuah, Datuk Sang Setia, dan Datuk
Bendahara tersenyum panjang. Sejak itu, tiadalah lagi Sultan Mahmud
menyebut nama Puteri Gunung Ledang. Malah, baginda melarang orang Melaka
pergi ke kaki Gunung Ledang semasa hayat hidupnya.
Salah sebuah pantun yang pernah diungkapkan oleh Puteri Gunung
Ledang dan dayang-dayangnya tinggal menjadi sebutan orang di sepanjang
zaman, sampailah sekarang :
Dang Nila memangku puan,
Lemak sisik ikan pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada?
Sumber: Galeri Cerita Zoom-A
Sang Kancil Dengan Buaya
Pada zaman dahulu
Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan.
Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta
pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi
tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak
menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa
saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk
mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah
berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan
kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang
Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha
mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil
berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa
membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan
air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil
terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia
berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar
kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar
jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya
hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan
dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu
kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang
sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat
menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir
Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana
untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya.
Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di
tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka
berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi
kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai
sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang
asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang
kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung
buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang
Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang
Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa
oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau
hendak sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja
Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai
ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua".
Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang
kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah
semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan
turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya.
Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati
buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai
berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian,
aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah
kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada
hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula
daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh
kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua
buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang
hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang
berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai
dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan
betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil
berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus
melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata"
Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu
semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar
kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka
telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan
Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut
terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus
melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan
terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati
buah-buahan yang sedang masak ranum itu.
Seruling Sakti
Pada
zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di
kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan
tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin
terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka
membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat
pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan
pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus
berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus
bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan
ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka
memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak.
Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan
tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah
tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang
pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan
khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan
tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang.
Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran
pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak
sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang
dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah
seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai
pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi,
lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar
dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya.
Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula
keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan
perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang
sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai
pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua
tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya
mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan
tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi
menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah
dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi
tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan
seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling
saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat
hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di
sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan
sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu
membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu
Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai
merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti
pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan
daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka
sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut
mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan
oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju
kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan
tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh
kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan
hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat
berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka
buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Sehingga
hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan
oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat
diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.
Burung Bangau Dengan Seekor Ketam
Pada
zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh
jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga
sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah.
Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung
yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah
burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan
haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan
bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan
katak yang turut menghuni tasih tersebut.
Burung bangau sangat
suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan.
Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap.
Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap
ikan yang datang berhampiran dengannya.
Beberapa tahun
kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk
menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan
menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya
berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak
lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku
dapat memperolehi makanan dengan mudah".
Burung bangau mendapat
idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing
tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang
sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir
ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau
menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni
tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini
sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak
manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia
sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini
dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari
panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung
lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini
akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda
bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus
melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.
Berita
bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua
penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada.
Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor
ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk
membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan,
tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan
tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau
berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya
dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku
kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk
ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor
kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu"
kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung
bangau.
Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan
daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke
tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu
besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali
kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang
dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang
lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh
kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung
bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan
batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang
ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa
cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh
bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada
ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih
lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang
engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun
tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya
engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher
bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas,
sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam
kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah
ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan
bangau mati di situ jua.
Dengan perasaan gembira kerana
terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan
menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik,
kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah
melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka
kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di
tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi
makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka
mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka
semua.
cantik la blog cikgu....banyak pengajaran yang dapat diambil
ReplyDeleteVery interesting.....good job cikgu.
ReplyDeletesyabas... bahan yang bagus untuk dijadikan teladan dan sekali gus meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah.
ReplyDeleteBlog cikgu menarik dan mengandungi banyak maklumat yang boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.
ReplyDeleteterima kasih kepada kawan2 yg sudi memberi komen yg membina.
ReplyDeleteSangat bagus! Isi kandungan cerita sangat menarik dan juga mengandungi nilai-nilai murini yang perlu dipelajari. Terus berusaha!
ReplyDeletebags lah ckgu ni ambil cerita zaman dulu dulu bnyak pengajaran yg boleh di tunjjukan pada anak2 syabas cikgu!
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu. jika berkesempatan sila hubungi saya di email nazrah@acepremier.com. saya berminat untuk mengeluarkan cerita kanak-kanak di dalam majalah saya. terima kasih
Deletebanyak nilai murni dapat dipelajari dari blog cikgu.
ReplyDeleteMohon kebenaran untuk muat turun cerita untuk dijadikan bahan bacaan di sekolah saya.
ReplyDelete