Pendidikan
Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat
perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan
awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada
pendidikan yang diterimanya dirumah. Di Malaysia, program pendidikan
prasekolah adalah satu program pendidikan untukgolongan kanak-kanak
berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan
secara formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum
Prasekolah, 1998).
MATLAMAT
Pendidikan
prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
OBJEKTIF
Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:
i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik;
ii. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi;
iii.
Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk
berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil;
iv. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.
ReplyDelete