BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
Senaman
biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya
duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah
baik dalam Matematik.
Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Mengapa
mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama
kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih
tinggi berbanding mata pelajaran lain.
Para
pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu
bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan
tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih
berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.
Setelah
melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat
signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik.
Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap
otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks
prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.
No comments:
Post a Comment